Friday, January 28, 2011

Keluarga Bahagia



Setiap orang mengimpikan sebuah keluarga bahagia.. What you give, you get back. Kalau kita nak suami kita menjadi suami terbaik untuk keluarga, sudah semestinya kita juga hendaklah berusaha sedaya dan seupayanya untuk menjadi isteri & ibu yang terbaik buat keluarga. (Ya Allah, jadikan hambaMu ini hamba yang sentiasa berada dalam landasanMu & jadikan aku seorang isteri yang solehah.. amin).

Sungguh harum si buah bacang,

Elok diperam di dalam raga,

Saling memahami serta berbincang,

Kunci perdamaian dalam rumahtangga.

  • Pohon merimbun belakang rumah,
  • Tempat berteduh ayam serama,
  • Doakan mahabbah dan juga rahmah,
  • Aura sakinah sentiasa bersama.

Hidang kuih untuk dijamu,

Sambil makan rancak bercerita,

Senyum dan salam kala bertemu,

Hadiah tak lupa pengerat cinta,

Semoga kita akan menjadi hambaNya yang sentiasa memelihara CINTA kepada yang Maha Mengasihi agar Dia sentiasa memelihara cinta kita dalam rumah tangga.

Tuesday, November 2, 2010

Pantun Klasik

Lama dah tak masukkkan entry... Untuk pengetahuan semua, ku telah selama melahirkan puteri sulung pada 5 Ogos 2010 yang lalu. Penantian yang agak panjang berakhir setelah melihar wajah anakku.. Ramai orang kata rupanya ikut abahnya... takpelah... asalkan Widad Amani sihat dan jadi anak yg solehah... nanti lah kalau sempat ku letakkan gambarnya..

Tiba-tiba teringat pantun dulu-dulu. Masih ingat lagi cikgu BM mengajar pantun kat sekolah rendah... Best juga... Tapi budak-budak zaman sekarang ni, kadang-kadang ada yang tak kenal atau tak pernah dengar pantun orang dulu-dulu. Jom layan pantun klasik... Best jugak...

Pulau pandan jauh ke tengah,
Gunung daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang juga.

Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkkan,
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.

Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji di atas peti,
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi dibawa mati.

Dua tiga kucing berlari,
Mana nak sama si kucing belang,
Dua tiga boleh kucari,
Mana nak sama adikku seorang.

Pucuk pauh delima batu,
Anak sembilang di tapak tangan,
Sudah jauh beribu batu,
Hilang di mata di hati jangan.

Kalau ada sumur di ladang,
Boleh saya menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi.

Tuesday, October 26, 2010

Cubaan-cubaan 123...

Test...test...

Boleh lagi memblog rupanya... hehe

Sunday, December 20, 2009

Ish-ish lamanya....

Assalamualaikum

Embun pagi gugur menitis,
Bunga seroja kuntum tersusun,
Lama rasanya tidak menulis,
Rindu rasanya nak berpantun.

Awal muharam menjengah lagi,
Mengatur azam tahun baru,
Ingin menjadi mukmin terpuji,
Tingkat amalan misi diburu.

Bakti terbaik buat keluarga,
Teman sejati buat suami,
Harap kekal hingga ke syurga,
Doa tawakkal dijadi resmi.

Salam Maal Hijrah Buat Semua ye...

Tuesday, November 3, 2009

Ikhlas ke?




Amalan dilaku tika sendiri,

Tidak berpura di depan khalayak,

Redha ditegur perbaiki diri,

Enggan dipuji apatah riyak...



Ikhlas adalah amalan hati. Tanpa ikhlas, maka sia-sia segala penat lelah dalam beribadah. Dalam melakukan sesuatu amalan atau ibadah, kita hendaklah menjadikan Allah swt sebagai satu-satunya tujuan. Ikhlas juga adalah syarat diterima amal selain perlu berlandaskan syariat. Walaupun tiada siapa yang tahu apa yang terselindung di sebalik sekeping hati, namun terdapat indikasi yang menunjukkan sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak iaitu ;



1- Setiap pekerjaan dilakukan sebaiknya sama ada semasa sendirian atau di tempat awam

2- Tida suka dipuji oleh orang lain dan berdoa, "Ya Allah, maafkan aku atas apa yang mereka tidak tahu tentang aku, dan jadikanlah aku lebih baik daripada apa yang mereka sangka tentang aku."

3- Mengalu-ngalukan nasihat daripada sahabat handai

4- Tidak gila pangkat dan tidak mencalonkan diri untuk jawatan-jawatan tertentu

5- Meraskan bahawa sumbangannya kecil jika dibandingkan dengan sumbangan orang lain

6- Suka mengerjakan solat malam (qiamullail)

7- Lebih suka menderma secara sembunyi daripada menzahirkannya.





"IKHLAS MERUPAKAN PERJUANGAN YANG TIDAK AKAN SELESAI, KITA HENDAKLAH SENTIASA MUHASABAH DIRI SAMA ADA KITA IKHLAS ATAU ......."

Thursday, September 17, 2009

Kemenangan Fitrah

Asyik menjala ikan gelama,
Hingga senja menjelang sudah,
Ramadhan pergi Syawal menjelma,
Koreksi diri tingkatkan ibadah.

Ranum mempelam harum mewangi,
Cantik menguning pisang berangan,
Intensif Ramadhan gagah diharungi,
Kemenangan fitrah dicemar jangan.

Cantik sungguh dihias pelita,
Indah halaman penyeri lebaran,
Allahuakbar membesarkan Pencipta,
Raikan aidilfitri rasa kehambaan.

Duduk bersimpuh membaca al-Quran,
Di atas tikar seni bersulam,
Alhamdulillah bukti kesyukuran,
Tanam azam perjuangan Islam,

Di hujung dahan sarang tempua,
Pondok usang di tengah sawah,
Salam lebaran buat semua,
Saling bermaafan tanda ukhuwah.

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI